Tuesday, August 31, 2010

1 MALAYSIA Menjana Transformasi

video

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua


53 years ago in Stadium Merdeka, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj shouted “Merdeka!” for 7 times and it marks our independence day since then. Malaya or Malaysia (after 1963) gained independence on 31st August 1957 from British. It was a peaceful independence attained by agreement with the United Kingdom where Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj embarks on a delegation of ministers and political leaders to negotiation with the British in London. Yes, the agreement was accepted then and 31st August 1957 has been selected as the official day!


Although the independence we have do not experienced any shed of blood and fighting, the long period of colonization and freedom is something that worth more than that. Being an independence nation, there is so much we can do and proved to the world. Over the last 53 years since the first day of independence, Malaysia has changed a lot. From an agriculture based economy, we have moved to industrial based economy. The success in other areas also shows we have what it takes to be on our own.

Here with 1 Malaysia menjana transformasi, I am so happy and anticipated to celebrate this memorable day of Merdeka. I believe that our beloved country, Malaysia will be more successful in the future. And as the generation who lives without knowing the hardness of colonization, we should appreciate our independence and should strive at best for our country!

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Sunday, August 29, 2010

HAPPY GRADUATIONS...

Senyum manis untuk semua..;)
Kali ini aku ingin berkongsi mengenai hari yang paling bermakna dalam hidupku. Aku berjaya melangkahkan kaki ke menara gading. Syukur Alhamdulillah..Sebenarnya keputusan SPM aku tidaklah hebat mana pun. Aku sekadar mendapat 2A sahaja. Aku agak kecewa kerana tidak berjaya masuk ke kolej matrikulasi. Semua kawan baik aku dapat masuk, aku seorang sahaja yang terpaksa masuk tingkatan 6.Sedih;( Tidak mengapa, mungkin rezeki aku tidak di situ, selepas seminggu aku bersekolah aku telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian di UiTM Negeri Sembilan dalam kursus Pre-Science untuk satu semester. Alhamdulillah. Aku tidak lagi menoleh ke belakang. Aku terus menerima tawaran ini dan akhirnya aku berjaya menamatkannya. Selepas itu, aku ditawarkan pula kursus Pengajian Sukan di UiTM Perlis di peringkat diploma. Aku meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu ini. Selama tiga tahun aku mengikuti kursus ini dan akhirnya aku berjaya mendapatkan Anugerah Naib Canselor. Inilah hadiah yang tidak ternilai yang dapat aku berikan kepada arwah mak dan abah aku. Lihatlah wajah-wajah kegembiraan di hari bersejarahku...






Friday, August 27, 2010

Hands On

Salam Ramadhan untuk semua..

Buat pertama kali aku menulis di blog.Aku pun tidak tahu apa yang aku ingin tuliskan..Hihi.Setelah puas aku berfikir, aku ingin berkongsi dengan kamu semua apa yang aku buat di masa lapang. Paling utama sekali ialah aku suka tidur..haha.Tapi tu dulu.Sakarang aku kembali bergelar pelajar, aku xperlu tidur dengan kuantiti yang banyak lagi.hihi.;)
Banyak sebenarnya aktiviti di masa senggang aku..Apa yang aku mahu kongsi dengan kamu semua ialah aku suka menjahit manik dan labuci.Aku suka sesuatu yang seni dan cantik..Aku jahit baju aku sendiri, baju kakak aku dan sakarang ini ada orang tempah suruh aku jahitkan baju dia..hehe..Tapi 2 la cantik ke tidak aku main jahit je..hihi..Aku harap dia suka la..Jom kita tengok hasil kerja tangan aku ini..;)
                                           
Yang ini baju kakak aku.Aku panggil jahitan manik ni 'bunga-bunga cinta'..hihi
Yang ini baju aku.Aku gelarkan jahitan ini 'manik tabur'.
Ini baju aku lagi.Nama dia 'mutiara naga'
Ini pun baju aku juga.Nama dia pun 'mutiara naga'..Yang ini dekat leher.
Yang ini baju orang tempah.Tak siap lagi aku jahit.hihi Aku namakan dia 'dedaun berguguran'..;)
Koleksi ini sahajalah yang aku ada. Ada beberapa pasang baju lagi aku tak jahit.Aku suka-suka je jahit manik ni.Aku berharap dapat menyiapkan semua tempahan dalam masa yang dijanjikan..Amin..Sampai sini je la kawan-kawan.Nanti aku post lain..hihi..SELAMAT BERBUKA PUASA..