Sunday, August 29, 2010

HAPPY GRADUATIONS...

Senyum manis untuk semua..;)
Kali ini aku ingin berkongsi mengenai hari yang paling bermakna dalam hidupku. Aku berjaya melangkahkan kaki ke menara gading. Syukur Alhamdulillah..Sebenarnya keputusan SPM aku tidaklah hebat mana pun. Aku sekadar mendapat 2A sahaja. Aku agak kecewa kerana tidak berjaya masuk ke kolej matrikulasi. Semua kawan baik aku dapat masuk, aku seorang sahaja yang terpaksa masuk tingkatan 6.Sedih;( Tidak mengapa, mungkin rezeki aku tidak di situ, selepas seminggu aku bersekolah aku telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian di UiTM Negeri Sembilan dalam kursus Pre-Science untuk satu semester. Alhamdulillah. Aku tidak lagi menoleh ke belakang. Aku terus menerima tawaran ini dan akhirnya aku berjaya menamatkannya. Selepas itu, aku ditawarkan pula kursus Pengajian Sukan di UiTM Perlis di peringkat diploma. Aku meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu ini. Selama tiga tahun aku mengikuti kursus ini dan akhirnya aku berjaya mendapatkan Anugerah Naib Canselor. Inilah hadiah yang tidak ternilai yang dapat aku berikan kepada arwah mak dan abah aku. Lihatlah wajah-wajah kegembiraan di hari bersejarahku...






2 comments: